25 April 2013

10 GAMBAR BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi mengelakkan pembaziran, sebuah alat permainan boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan terbuang seperti kotak minuman, tin minuman dan straw sahaja. dengan ini sudah pasti dapat menjimatkan wang serta dapat mengurangkan jumlah bahan pembuangan sampah yang semakin hari semakin bertambah. 











22 April 2013

10 GAMBAR TEKNOLOGI DAN INOVASI



1. I-Charge



Mampu menjaga sistem elektronik kenderaan serta penjimatan petrol & diesel hingga 45%, untuk mencapai tahap penggunaan kuasa voltan kereta yang optimum, pengguna memerlukan satu sistem litar elektrik yang sempurna dan stabil. Kini, kemunculan i-CHARGE, produk elektronik Jepun yang terbaru berupaya untuk membaiki kestabilan sistem litar elektrik kereta menerusi Pemantap Voltan. Sebaik sahaja i-CHARGE digunakan, kereta akan dikawal sempurna kerana ia berupaya mengatasi semua masalah kecil yang disebabkan oleh kuasa voltan yang tidak stabil. Satu lagi kelebihannya, cara pemasangan i-CHARGE ini amat mudah. Ia akan beroperasi apabila anda menyambungkannya kepada suis pencucuh, tanpa memasang sebarang alat-alat kelengkapan pada tangki petrol yang mungkin merosakkan kereta anda. Fungsi dan kelebihannya ialah seperti dapat menjimatkan petrol secara berkesan, menstabilkan gerak balas RPM, meningkatkan tork enjin (engine torque), meningkatkan kuasa motor enjin kereta serta mengoptimumkan fungsi alat-alat kelengkapan elektronik dalam kereta.






2. PEN AL-QURAN DAN TASBIH ELEKTRONIK

Antara ciri-ciri pen al-Quran dan tasbih elektronik ini adalah seperti mempunyai audio bacaan Al-Quran, mengandungi 30 surah dalam Al-Quran, bacaan Oleh Sheikh Sudais (Imam Mekah), terdapat fungsi play, stop dan repeat, pen berkualiti yang boleh menulis, berwarna Metallic Silver, headphone dengan tempat mengawal suara dan juga mudah dibawa ke mana-mana kerana bentuknya bersaiz pen biasa.





3. MYIMAN TELEFON BIMBIT ISLAMIK



Ciri-ciri MyIman adalah seperti kad SIM aktif daripada MyIman Technologies Sdn Bhd, Al-Quran digital 30 juzuk berserta bacaan oleh Sheikh Saad Al-Ghamidi danpaparan teks berwarna Rasm Uthmani untuk mengiringi bacaan yang mana ia telah mendapat kelulusan daripada Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri. Selain itu, kitab hadis matan arab, tafsir al-Jalalain dlm bahasa arab, blh tetapkan waktu solat, mencari arah kiblat dan ia juga mengandungi teknologi rangkaian Dual Band GSM 900 & DCS 1800 & teknologi skrin sentuh 2.2 inci TFT LCD 262k warna.




4. PEN KAMERA


Teknologi dan pendidikan adalah suatu bidang yang sangat sinonim dari dulu hingga sekarang. Dari penggunaan tulisan atas pelepah tamar, dinding gua, atas batu kepada papan tulis sehinggalah terkini penggunaan m-pembelajaran. Kini selain hanya untuk menulis, pengguna juga mampu merakam mahupun mengambil gambar hanya dengan menggunakan sebatang pen sahaja. Ia juga mudah di bawa kemana sahaja pada bila-bila masa.



5. MESIN MIMPI





Kecanggihan sains dan teknologi hari ini mendorong manusia berlumba-lumba mencipta pelbagai alat kadang kala seolah-olah ingin menyaingi ciptaan tuhan. Sebuah syarikat pengeluar permainan pintar terkenal dari Jepun, Takara Co. baru-baru ini telah memperkenalkan sejenis alat atau gajet (Yumemi-kobo) yang membolehkan pengguna menentukan mimpi yang mereka kehendaki atau mendapat pasangan impian di dalam mimpi mereka.





6. KOOLHAUS TAP



Paip air khas ini direkabentuk supaya dapat mengetahui jumlah air yang digunakan sepanjang hari. Ciptaan ini dapat mengurangkan pembaziran air daripada setiap peralatan yang terdapat di dalam bilik air dengan meminimumkan penggunaan air. Ia berfungsi seperti computer dengan menyimpan segala data penggunaan air sepanjang hari. Segala data tentang penggunaan air terdapat di skrin LCD di kepala paip. Ia juga menggunakan sinar inframerah untuk memberhentikan titisan akhir air yang keluar secara cekap dan efisyen.




7. ROZMEY BEAUTY SLIMMING FITNEESS CENTRE (RBSFC)



Rekaan ini sebenarnya bertujuan untuk membantu individu yang sedang menghadapi masalah obesiti bertujuan untuk memecah lemak di badan.. Keajaiban peralatan berteknologi canggih dari luar negara yang telah disediakan di RBSFC untuk memberi perkhidmatan terbaik untuk pelanggan serta membantu mereka untuk merealisasikan impian mereka menjadi cantik dan memiliki bentuk badan yang menarik.




8. LG-GD910: JAM TANGAN TELEFON DENGAN LAYANAN HSDPA



LG-GD910 adalah jam tangan telefon yang memiliki teknologi HSDPA di dalamnya sehingga anda boleh untuk melayari dan video chat jauh lebih cepat dibandingkan dengan teknologi 3G. Ukuran layar LG-GD910 adalah 1,43 inci dengan layar sentuh, fungsi "Text to Speech" serta mempunyai MP3 player.





9. KOMPUTER KACAMATA



Komputer kacamata (computer glasses) ini dikembangkan oleh laboratorium rahsia milik Google : Google X, sebuah laboratorium yang khusus mengembangkan pelbagai teknologi dan inovasi teknologi serta berbagai eksperimen yang berjiwa "Think out of the box". Bahkan prototype dari Komputer kacamata yang disebut dengan Google Glasses ini telah tersebar dimuka umum.




10. TELEFON LAYAR HOLOGRAM MASA DEPAN





Layar telefon ini menggunakan teknologi hologram, maka layar tersebut dapat ditembus oleh benda apa pun, sehingga pada saat telefon ini tidak di gunakan untuk membuat panggilan atau menaip SMS dan boleh juga digunakan sebagai gelang. kelebihan lainnya adalah tidak perlu takut layar telefon pecah ketika jatuh kerana ia menggunakan teknologi hologram yang tetap tembus jika tersentuh.